Monday, 26 November 2012

Hilang rasa.

Bahasa jiwa.
Hati aku.
Kembalilah kepada ku.
Agar aku.
Dapat menulis semula.
Agar aku.
Dapat merasa sebaiknya.
Ya Tuhan.
kurniakan aku hati yang terdalam.
Agar liku-liku ini aku dapat rasakan. Pakukan kuatnya di minda hati. 
Bukan niat ku untuk merogol mereka dengan kata-kata aku.
Aku cuma ingin menulis  puisi agar dapat menjadi tauladan dalam liku-liku mereka.
Aku bukan perogol minda.
Bukan juga pembunuh saraf otak manusia.
Aku cuma si penulis.
 
Si penulis yang hilang rasanya...

Friday, 23 November 2012

Pulang ke kampung.

Mungkin aku ini tempat persinggahan dikala kesunyian.
Jangan begitu.
Jangan mainkan hati perasaan dihujung jemari mulusmu
Aku hanya nasihat kepada mereka yang seakan serupa.
Jangan biarkan kemasinan bibir aku menjadi buat kali kedua.

Kaki aku terpaku.
Apalah nasib aku.

Thursday, 22 November 2012

Biarkan aku hilang

Biarkan aku hilang.
Supaya semuanya tenang.
Biarkan aku hilang
Supaya semuanya tersenyum.
Biarkan aku hilang.
Aku ingin bahagia jua.

--Semua untuk kau.

Wednesday, 21 November 2012

Typo typo typo! *Ye ke?

*pandang
Geleng kepala.
Geleng kepala.
*click
Geleng kepala.
Geleng kepala.

*type
*type
*type
"Tak boleh ni".
Bentak hati.

*padam

Kisah pulak aku.
Phuih!

Tuesday, 20 November 2012

*Batuk.

Tuhan.
Syukur kerana dosa kecil ku terhapus.
Oleh penyakit yang kau kurniakan.

Tuhan.
Banyak dosa aku.
Ampun ya Tuhan.

*Batuk *Batuk

Sembuhkan organ aku ya  Tuhan.
Aku tak mampu.

Panjangkan umur.
Biar aku menjaga orang, jangan sebaliknya.

Sunday, 18 November 2012

Telan mati emak, luah mati bapak.

Pada titik inilah aku berdiri.
Rasa ini macam nak mati.
Racun.
Bermain bisa dalam hati aku.
Menggelodak.
Bergelora.
Aku rindu.
Sangatlah rindu.
Apakah kau akan nampak.
Akan aku yang terseksa sendiri.
Dengan rindu yang paling pedih buat aku.
Sanggupkah kau lihat aku sedang merindui?
Sanggupkah kau ubatkan rindu ini?
Aku tak mahu merayu lagi.
Aku tidak berharap lagi.

Potong daging aku.
Letak lah garam diluka yang kau toreh.
Biar aku menggelupur.
Tuhan sahaja yang tahu.

Saturday, 17 November 2012