If you feel like killing yourself;
If you feel like you're nothing in this world;
If you feel hopeless;
and nobody cares.
I know it hurts so much.
You can't take it anymore right?
You know what this will pass.
Hold on.
Because someone might lose their world.
That world is you.
Hold on to your heart or whatever it is right now.
Your heart is like a rainbow.
It feels like the colour it contained.
Just live in any colour it shows.
Monday, 27 November 2017
Thursday, 23 November 2017
Air mata hati
Dari setiap sudut pandanganku;
mereka bagai raja dan ratu dunia.
Dikelilingi emas permata;
Kacak dan jelita;
Berkuasa hanya pada nama.
Jasad dan roh ini bagai zarah;
Zarah yang terlalu kecil, juga seperti elektron pada orbitnya mengelilingi nukleus.
Juga aku terasa jauh, terlalu jauh;
Maafkan aku Sang Pencipta.
Cuma diri terasa begitu hina dimata sesiapa.
Hanya Engkau yang tahu segalanya.
Ya Tuhan, kekasih pada tiap hati yang beriman.
Sunday, 5 November 2017
Nasihat buat Sang Bulan
Aku tahu kau cuma mahu menghulur tangan;
menyelamat aku dari arus kegelapan yang deras.
Bukan mudah memang,
kau masih cuba dan cuba.
Tetapi ingatlah sang bulan;
jangan pernah hilang sinar putihmu.
Dengan kegelapan yang pekat ini.
Selamatkan diri kamu.
Friday, 3 November 2017
Dambaan hati
Menunggu hari berganti hari;
hingga tiba waktunya.
Bagai mentari mengejar bulan.
Malam bersilih ganti siang.
Siang bersilih ganti malam.
Gelisah aku dibuatnya.
Sunday, 29 October 2017
Dari Kunyuwel
Sudah lama aku sendiri;
menyepi--
Kaku.
Seperti tidak hidup dan tidak juga mati.
Mahu. Perlu berTuhan.
Sering menunggu akan sesuatu yang tidak kunjung tiba.
aku tahu aku seperti kupu-kupu tidak serik sengan si cahaya lampu.
Semua ini membunuh diriku dengan perlahan;
sedar ataupun tidak, aku tidak hiraukan.
Bukanlah aku tidak kisah.
Cuma lelah.
Bukanlah aku kejam.
Cuma mahu menjaga;
hati yang masih ada;
hidup--
Supaya tidak menjadi kaleng;
kosong tidak terisi dengan apa-apa.
Janganlah mengusir hatimu sendiri.
peluklah dengan imanmu.
Cuba lihat aku;
cuma bersarang resah gelisaha dunia di dada.
Hati aku di mana kau tanya?
Cuma aku boleh berbisik pada diri.
Duhai hati;
pulanglah.
menyepi--
Kaku.
Seperti tidak hidup dan tidak juga mati.
Mahu. Perlu berTuhan.
Sering menunggu akan sesuatu yang tidak kunjung tiba.
aku tahu aku seperti kupu-kupu tidak serik sengan si cahaya lampu.
Semua ini membunuh diriku dengan perlahan;
sedar ataupun tidak, aku tidak hiraukan.
Bukanlah aku tidak kisah.
Cuma lelah.
Bukanlah aku kejam.
Cuma mahu menjaga;
hati yang masih ada;
hidup--
Supaya tidak menjadi kaleng;
kosong tidak terisi dengan apa-apa.
Janganlah mengusir hatimu sendiri.
peluklah dengan imanmu.
Cuba lihat aku;
cuma bersarang resah gelisaha dunia di dada.
Hati aku di mana kau tanya?
Cuma aku boleh berbisik pada diri.
Duhai hati;
pulanglah.
Tuesday, 28 March 2017
Bisu
Basah setiap inci tubuhku.
Kesejukkan.
Bilamana hati dan realiti tidak seiringan.
Terasa sepi.
Senak sanubari mengenangkan.
Tiap detik jemari waktu berputar.
Seakan terdengar jelas;
Itulah suara hatiku.
Bisu.
Kesejukkan.
Bilamana hati dan realiti tidak seiringan.
Terasa sepi.
Senak sanubari mengenangkan.
Tiap detik jemari waktu berputar.
Seakan terdengar jelas;
Itulah suara hatiku.
Bisu.
Mozac
percayakah kau bahwa hati itu berupa cantuman mozac-mozac?
Sepertinya hati kau dan aku.
Tidak lengkap aku tanpa kamu.
Sepertimana tidak lengkap cebisan mozac pada hatiku.
Berderai jatuh cebisan mozac yang lain.
Seperti hidup aku;
hilang--
Tanpa kamu.
*tangan memegang hati yang pilu*
Subscribe to:
Posts (Atom)