Thursday, 4 October 2012

Untuk Jibril

Jibril,

Peluklah aku erat,
Katakan di telinga aku Iqra' dan paksalah aku sehingga aku boleh lakukannya.

Sampaikan kepada Tuhan kata-kata syukur hambaNya ini.
Kerana Tuhanlah yang berikan aku kekuatan.
Tanpa dia aku takkan gapai tangan aku ke alam cakerawala.

Ceritakan kepada Tuhan dia sudah sedar dari lamunan.

---
Mungkin dia tampak bodoh, kecewa, gila sekarang.
Lalu Tuhan angkatkan segala cacat cela menggunakan masa.
Tuhan tahu dia hebat orangnya.
Hebat pabila segala caci maki itu bagaikan zarah.
Pendustaan itu bagai habuk dipijak kaki.
Sebelum dia ke kemuncak, Tuhan kebalkan dirinya.

Terima kasih Tuhan, ayah bonda, Keluarga, Guru, Sahabat.




*Semuanya aku gulungkan dan hulurkan kepada Jibril.

No comments:

Post a Comment