Aku mungkin seorang pelupa.
Aku mungkin penting diri.
Dan juga aku mungkin seorang yang tidak berhati.
Tapi aku masih boleh lihat.
Masih boleh menilai.
Aku mahu tolong.
Walau kau menidakkan.
Tolong beri aku bantu.
Aku mahu ada untuk kau.
Aku ingin jadi manusia baik.
Dalam diam aku risau.
Aku mahu buktikan.
Tapi tiada peluang.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk tak jadi seorang pelupa.
Aku akan cuba untuk pentingkan manusia lain dari aku.
Dan aku akan cuba untuk menjadi manusia berhati.
Aku mahu bantu.
Tolonglah.
Aku mahu hidup cara manusia biasa.
-KYO-
Tolonglah aku untuk tolong kamu.
No comments:
Post a Comment