Pernah tak kamu lihat bagaimana sebatang kayu menjadi qalam?
Sebelum kita dapat mencoret idea atau melukis. Kita dapat merasai derita, amarah, kecewa akibat perkataan dalam pemikiran yang membuatkan kita tidak yakin dan pasti dengan apa yang kita mahu ciptakan.
Pada akhirnya tercipta juga kan?
Daripada sebatang kayu menjadi qalam.
Kayu tersebut dikeringkan dan dipotong mengikut saiz yang diperlukan.
Kulitnya pula disiat kikis.
Akhirnya dibakar hingga muncungnya hitam.
Saya biarkan saja perkara ini untuk pembaca memikirkan mungkin terdapat persamaan jika kalian celik akal dan hati.
Untuk membuat sebatang qalam adalah satu proses emosi yang suci.
Apabila seseorang ingin meraih sesuatu dalam kehidupannya,
dia perlu melalui neraka.
Jika dia berjaya menahan keperitan neraka selama mana dia hidup.
Dia akan terbiasa dengan neraka sehingga akhirnya keperitan neraka menjadi indah.
Seindah dan manis syurga.
Daripada proses mencipta qalam terdapat ilham yang kita lupakan.
Dek kerana keselesaan dunia yang dicipta kapitalis kita tidak lagi menghargai.
Banyak sebenarnya yang aku mahu coretkan.
Kalaulah ada yang sudi membaca aku akan teruskan
No comments:
Post a Comment