Tidak...
***
Tersentak dari lamunan khayalnya dunia.
disambarkan aku kilat dah guruh.
dicelupkan ke dalam laut.
aku tuliskannya di langit agar kau boleh tahu.
Akan aku selalu mencintai.
Monday, 27 January 2020
Hanya satu perasaan
Kesana kemari,
kata-kata yang kita lemparkan atau ayat yang medayu bagai ibu mengendong bayi.
tetapi cuma perlu tundukkan bahu,
untuk masing-masing tahu.
yang keduanya berniat "aku cinta padamu".
Dan si galak cuma mengeluarkan angin di celahan gigi,
dan si bulan juga menyapa merahnya pipi.
Kau faham kan?
Monday, 20 January 2020
Keserasian
Aku dan pekerjaan.
Itulah yang akan difikirkan oleh bekas pelajar universiti tempatan.
Bisnes?
Kerja kilang?
Mcdonald?
Mahu tapi...
Banyak tapinya.
dan akhirnya putus asa.
duduk tepi tangga
mengenang nasib sambil sedut ganja.
Tak pernah berenti kitaran-nya.
Celiklah.
Ketidak-serasian itulah yang menghidupkan.
Untuk didik sabar.
Untuk didik tabah.
Buat sang hati.
Dan buat akal sang manusia kononnya dewasa.
untuk mengajar erti kehidupan yang walau sementara.
Tetapi untuk memberi corak warna agar lebih bermakna di depanNya.
-Kunyuwel

Ombak Hawaii
Dari kecil aku dambakan Pantai Hawaii;
yang indah ciptaanNya.
Pasirnya putih;
Halus...
Hati yang disana semuanya bagaikan matahari
Setiap kanak-kanak mempunyai impian setinggi pelangi.
Bintangnya pula gemerlapan menyinari pantai.
Terlihatnya badai menari bersama cahaya bulan yang membiru.
Dan kematian bagaikan pesta.
Manusia disana tidak pernah mati.
Sentiasa hidup di hati-hati kita semua.
Itu hanyalah impian.
Impian seorang kanak-kanak.
--Kunyuwel / bilik cahaya matahari

Beirut
Bila aku di Beirut
Tanah menghijau
sejuknya seakan menggigit hati
tapi sentiasa terasa hangat.
waktu bersama
tidak pernah aku mau waktu itu hilang
Pabila hilang aku merasakan kesejukan itu berpanjangan
seakan tiada pohon boleh hidup di musim salji...
--kunyuwel
Tuesday, 3 December 2019
Kacaulah
Pada musim awan mulai menitiskan air matanya,
Aku keluar sambil bawakan sesuatu yang bisa mengelapnya.
Namun tidak terhenti kesengsaraan sang awan.
Dipanggil aruah nenda kesayangan aku.
Menarik lengan seakan tegas dalam berkasih sayang.
Tidak sempat aku menghabiskan cerita ini;
guruh berdentum dan api merebak dengan marak.

Wednesday, 23 October 2019
Dayi'
Setelah entah berapa jejak kehadapan,
aku temui cabang dahan yang aku tidak ketahui dimana letaknya kebenaran.
Kemanakah harus aku pergi?
dan di mana...
Sebuah kehidupan yang cukup rumit walau sebenarnya tampak mudah.
Kian dewasa aku merasakan lagi jauh perjalanan.
Seumur hidup tidak cukup untuk meneroka sebuah kehidupan.
Tidak cukup.
Ya aku membacanya...
Bagus juga kata-kata.
Akan tetapi dimana letaknya itu seperti dedaunan yang rawak.
Walaupun seni itu rawak tetapi aturannya masih ada.
Dan kehidupan juga adalah seni aturan yang hanya Maha berkuasa mengetahuinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)