Tuesday, 6 August 2019

Hulum

Tanpa sedari, sudah berdetik-detik waktu berlalu.
Berapa pahit, manis dirasai.
Berapa jejak langkah tidak dapat ku kira.

---

Seakan mimpi.
Sekarang aku percaya dunia ini cuman sementara.
Gembiranya sementara,
sedihnya sementara.
Sakit juga sementara sehingga kesembuhan datang menjengah.
Itu juga sementara.

Aku tidak jangka aku bisa tersenyum seperti sekarang.
Tetapi, kekasih hati yang tercinta (nenda) tidak dapat melihatnya,
atau mungkin dia melihatnya dari atas sana.
Mungkin juga Tuhan memperlihatkan kepadanya.

Perasaan bersyukur mengetuk pintu hati.
Aku menjemputnya dengan penuh rasa rindu.
Bagai hulum al-jamil.


Tuesday, 8 May 2018

Pembaziran

Sejenak di dalam hidup;
pernah kau rasa kau tiada makna?
Pernah kau rasa kosong bagai bayu musim luruh?
                                    dingin, menggigit emosi, hati...


Jawabannya, tiada yang tidak dirasa.

---

Hidup bagai kanvas seluas langit.
Awalnya semangat. Naif.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun;
 semangat, masa dimamah usia.
Semuanya hilang tidak bermakna.
Cuma selesa.

Dan mereka berkata pada insan terpilih walhal cuma insan.

Hanya semangat, iman;
Kesabaran.

                                      yang ada....

pada manusia yang tidak punya pembaziran.
Bagaimana pula kalian?

Friday, 9 February 2018

Wallada bint Al-Mustakfi

Dikala malam puisi berkunjung;
Meniti angin halus dan mengetuk sang hati.
Begitu juga kata-kata jiwa dikembalikan.
Bermadah pujangga.

Masih dikau ingat akan taman-taman bunga yang kita lalui?
Dalam tidur diselimuti mimpi?

Dan dunia ini bagaikan pandangan laut tanpa halangan.
Kecuali bucu-bucu dunia menjadi sempadan.
Setiap saat mata ini sentiasa tersenyum.

Bagai hidup tanpa mati.

Monday, 5 February 2018

Taha

Bait-bait cinta. Kasih sayang yang senantiasa aku
Rindukan...

Menyimpan tiap penjuru memori.
Pahit. Manis.

Kini cuma semakin terhakis oleh masa yang begitu cemburu.
Dengan usiaku.
Dengan mindaku.

Jangan gentar. InsyaAllah aku tidak pernah lupa.
Cuma diam seribu bahasa dipendam.
Ditelan.

Pahit atau manis tidak terasa lagi dilidah cuma mata menjadi cermin ke hati.

Inilah bait hatiku.

Saturday, 23 December 2017

Ya Rabb

Beringatlah.
Walau kamu sengsara.
Kesunyian dalam keseorangan.

Kamu tidak pernah keseorangan.
Allah sentiasa ada dengan kamu.
Allah yang menemani kamu.
Dan Allah juga menahan air matamu dari mengalir.

Harapan cinta kamu hanya perlu pada dia.
Dia yang memberikan cinta dalam jiwamu.
Hidup dan matimu hanya pada Dia.

Beringatlah...

Saturday, 2 December 2017

Self motivation

Hey you.
Yes.. you.
You know what?
Everyday is a challenge for you. A test for you.
For you to face it and ace it.
In every situation you are in;
In every condition you are in.
Fight yourself.
Fight your inner demons.
Only you can make the difference.
Nobody can help you only yourself.

Hey...
I know you can do it.
Create your own future that you want to live in.
Let them say whatever they want;
Remember.
This is your life, not theirs.
Put Allah in your heart.
His beloved in your mind.

Let's face this together. okay? :)

Wednesday, 29 November 2017

A’tishan ilaih

Tidak punya kata-kata yang dapat dirungkai;
Diperkatakan’
Juga diluah.

Hanya hati nun jauh dapat merasakan jika benar;
Terasa bagai bunga nan layu disirami dengan air kasih.
Bagai tanah merekah disirami hujan rahmat.
Juga bagai anak kecil kehausan.

Tidak tahu aku untuk menafsirkan.
Mahu senyum atau mahu menangis?

Tapi yang pasti.
Jawapannya;
Kamu.