Monday, 22 June 2020

Wahai Orang Tuaku

Dikala aku melihat kamu orang tuaku,
Aku mahu memegang tanganmu.

Dikala aku berkata dengan kamu wahai orang tuaku.
Aku mahu air matamu mengalir ke jemariku.

Dikala aku memelukmu erat kamu wahai orang tuaku.
Ingin saja hatiku mengatakan yang aku cinta kepadamu.

Wahai orang tuaku.
Kerana ego aku degilnya aku.
Aku tidak melalukannya, walau hati menjerit ingin mengatakan isi hati.

Tetapi kami telah mengatakan dengan kata-kata yang mengguris.
Karena aku juga ingin nasihat untuk kebaikan kita semua bersama.

Wahai orang tuaku.
Maafkan akujika cinta kami ini banyak celanya.
Aku tak pandai untuk bersuara dengan kata-kata hikmah.
Karena aku cuma anakmu. 
Aku masih tidak sempurna.

Wahai orang tuaku. 
Aku sumpah dengan nama yang Agung.
Aku sayangkan kamu berdua.
Tiada cinta yang dunia dapat menjadi sesempurnya cinta kamu berdua. 

Wahai orang tuaku.
Aku masih tidak sesempurna cintamu.
Ajarkanlah.

Friday, 19 June 2020

Kekasih hati

Kau berikan cinta dan melahirkan cinta yang semuanya diciptaNya
Wahai kekasih  hati
Permaisuri.

Sejak kecil lagi kau sentuh tubuhku.
Dengan kasih yang tiada sempadan.
Menjaga kami semua. 
Agar bahagia dan memahami.

Ya Allah,
Aku tau aku cuma kerdil..
Hamba yang setiaku rapuh.

Walau aku rebah lutut ke tanah.
Entah berapa kali tidak ku kira.
Adakah engkau hendak mengatakan aku ini masih kuat untuk lalui semuanya?

Dengan sayap harapanku patah.
Ya Allah adakah ini yang kau mahu perkatakan kepada ku?
Yang aku ini bertahan selama ini dengan hanya cinta seseorang yang besar cintanya.
Hingga aku dewasa?

Jika itulah besarnya Cinta dia.
Cinta kamu itu sebenarnya tiada sepadan.

Yang kamu tunjukkan ku jalan kepada kamu.

Buat kekasih, terima kasih atas jasa kamu, hingga kini aku dewasa.
Cinta kamu akan aku bawa kembali kepada kamu. 

Wednesday, 10 June 2020

Surat buat Aruah Guruku

Assalamualaikum wahai guruku. 
Pada awalnya aku melangkah untuk masuk ke medan perang.
Tanpa cukupnya persiapan aku. 
Dan hanya aku di medan tersebut. 

Aku akui kesalahan aku karena aku cuma seorang manusia.
Dan kamu adalah manusia mengajarkan aku tentang hidup.
hingga aku menitiskan air mata kesal atas perbuatan aku.

Akan tetapi aku juga akui aku adalah orang yang tidak berani dan yakin.
Kamu selalu yakinkan aku dan tetap sabar mengajarku.
Hingga satu saat aku sedar akan makna setiap perkataan yang kamu ajarkan.
Bahkan lebih dari itu. 

Wahai guruku.
Aku bersyukur Allah masukkan kamu dalam hidup aku.
Tanpa kamu aku tidak tahu bagaimana untuk hargai setiap makna perkataan.
Kamu ajarkan aku mencari makna dan hargai setiap perkataan.
Sesungguhnya makna itu penting sepertimana bermaknanya aku dalam hidup seseorang. 

Walau kamu sudah tiada wahai guruku.
Tetapi harganya diri kamu itu cukup bermakna bagi aku.
Aku hanya dapat panjatkan doa untukmu dan juga membawa nilai dirimu di dalam hatiku. 

Wahai guruku,
Tidaklah berjuta perkataan 'Terima kasih' dapat membalas jasamu.
Kecuali berterima kasih itu dapat aku bawa dan memberikan nilai kamu kepada manusia yang lain.

Alhamdulillah Allah selalu menjaga kamu. 
Mudahan suatu hari nanti kita dapat ketemu.
Wahai guruku.

Saturday, 15 February 2020

Syukran

Mudahan semuanya lancar
Syukur kepada ilahi

Semuanya dibawah rancanganNya
Apa sahaja aku terima dengan ikhlas

Thursday, 13 February 2020

Bebaskan diri

Air mengalir hangat bagai ibu menyentuh pipi anak kecilnya
Cinta
itu yang sentiasa difikirkan
jasad perlu menerima

masa hadapan yang tidak sekalipun perlu difikirkan
bebaskan jiwa.


Sunday, 9 February 2020

Selamat pagi

Hening pagi sinar mentari mencelahi jendela
Menyilau mataku yang baru terjaga dari lena.
Burung-burung berkicauan mencari rezeki buat anaknya

Udara segar menyegarkan otak muda
Harapan seakan menjadi nyata

Wednesday, 5 February 2020

Amazing!

Aman berada di dunia langitnya biru
Hati terusik dengan rasa
indahnya sebuah kehidupan

Walau jasad panas rimas
Tetapi maknanya lebih dari itu.
Erti sebuah hati yang mati hidup kembali
Erti segalanya kembali kepada aku.

Lebih kuat dan semangat
Terasa langkah kaki daku ini.
Itu lah erti kamu.