Sunday 30 December 2012

Gelap gelita.

Sangat gelap.
Aku pasangkan lilin.
Gelap lagi.
Pasang lilin.
hingga
lilin
habis
Aku
bakar
kepala
sendiri.


Banyaknya kerja...
Tiada siapa faham.

Sunday 23 December 2012

Perasaan tak dapat dirungkai

Walau satu akal yang datang aku cukup bersyukur.
Perasaan ni cukup setan.
Aku buntu tahu?

Aku mahu jerit hingga hilang semuanya di pandangan.
Biar aku terapung dalam vakum.
Biarkan aku.

Aku mahu tenang!

Monday 26 November 2012

Hilang rasa.

Bahasa jiwa.
Hati aku.
Kembalilah kepada ku.
Agar aku.
Dapat menulis semula.
Agar aku.
Dapat merasa sebaiknya.
Ya Tuhan.
kurniakan aku hati yang terdalam.
Agar liku-liku ini aku dapat rasakan. Pakukan kuatnya di minda hati. 
Bukan niat ku untuk merogol mereka dengan kata-kata aku.
Aku cuma ingin menulis  puisi agar dapat menjadi tauladan dalam liku-liku mereka.
Aku bukan perogol minda.
Bukan juga pembunuh saraf otak manusia.
Aku cuma si penulis.
 
Si penulis yang hilang rasanya...

Friday 23 November 2012

Pulang ke kampung.

Mungkin aku ini tempat persinggahan dikala kesunyian.
Jangan begitu.
Jangan mainkan hati perasaan dihujung jemari mulusmu
Aku hanya nasihat kepada mereka yang seakan serupa.
Jangan biarkan kemasinan bibir aku menjadi buat kali kedua.

Kaki aku terpaku.
Apalah nasib aku.

Thursday 22 November 2012

Biarkan aku hilang

Biarkan aku hilang.
Supaya semuanya tenang.
Biarkan aku hilang
Supaya semuanya tersenyum.
Biarkan aku hilang.
Aku ingin bahagia jua.

--Semua untuk kau.

Wednesday 21 November 2012

Typo typo typo! *Ye ke?

*pandang
Geleng kepala.
Geleng kepala.
*click
Geleng kepala.
Geleng kepala.

*type
*type
*type
"Tak boleh ni".
Bentak hati.

*padam

Kisah pulak aku.
Phuih!

Tuesday 20 November 2012

*Batuk.

Tuhan.
Syukur kerana dosa kecil ku terhapus.
Oleh penyakit yang kau kurniakan.

Tuhan.
Banyak dosa aku.
Ampun ya Tuhan.

*Batuk *Batuk

Sembuhkan organ aku ya  Tuhan.
Aku tak mampu.

Panjangkan umur.
Biar aku menjaga orang, jangan sebaliknya.

Sunday 18 November 2012

Telan mati emak, luah mati bapak.

Pada titik inilah aku berdiri.
Rasa ini macam nak mati.
Racun.
Bermain bisa dalam hati aku.
Menggelodak.
Bergelora.
Aku rindu.
Sangatlah rindu.
Apakah kau akan nampak.
Akan aku yang terseksa sendiri.
Dengan rindu yang paling pedih buat aku.
Sanggupkah kau lihat aku sedang merindui?
Sanggupkah kau ubatkan rindu ini?
Aku tak mahu merayu lagi.
Aku tidak berharap lagi.

Potong daging aku.
Letak lah garam diluka yang kau toreh.
Biar aku menggelupur.
Tuhan sahaja yang tahu.

Saturday 17 November 2012

Sunday 21 October 2012

Tiada tajuk yang sesuai.

Aku termenung sendirian.
Gelap.
Sekeliling yang gelap.

*titis.

*titis.

*titis.

Dia bahagia.
Sedih mungkin.

---


rupanya yang aku sangkakan paip bocor di sinki.
. . .

*bingkas bangun.



#Darah mengalir.


Thursday 18 October 2012

The doc that loves Adele.

That doc, really loves his Adele.

"Adele."
"I love all part of you."

Nenda wan.

Ada hikmahnya dia pergi teman.
Kamu di seberang lautan.
Sini.
Berdoa dengan penuh luluhnya hati.
Berdoa dengan air mata ikhlas.
Tuhan maha penyayang teman.
Tidak mungkin dia tolak doa kau.
Tak mungkin teman.

Aku turut doakan nenda wan.

Buat teman se-hati,
EDL.

Tuesday 9 October 2012

Karaoooooke.

Nak pergi karaoke. Jom?

rolling in the deep-adele
scientist-coldplay

Dan ini wajib!

Andainya aku pergi-Alleycat

Terima kasehh!!



Lautan Dalam

 Deep Sea Anglerfish

 

Pernah kamu lihat kehidupan yang hidup dalam kegelapan?
Tuhan ciptakan untuk kita selami sedalam-dalamnya.
Hinggalah ke lautan dalam.
Organisma dalam.
Walau buta tetapi Tuhan ciptakan cahaya.
Cahaya di dalam diri mereka.
Supaya mereka tampak di dalam kegelapan yang nyata.
Manusia?
Aku biarkan mereka berfikir.

Pernah kau selami lautan yang dalam?

Aphothic zone:
A zone that light cannot penetrate.

Pernah?


---


Aku rasa tidak.
Mereka hanya sesat di jalan yang terang.
Tetapi pada asalnya mereka hidup dalam kegelapan.

Pernah kau selami hati, emosi kau sendiri?
Pernah kau rasa musiqi memerli diri kau?

Cuba.
Cuba selami emosi kau.
Amarah kau.
Sedih kau.
Semuanya untuk apa?
Apa motif?
Semua Tuhan ciptakan bersebab.

Rasa benci.
Untuk apa?
Tipu diri yang kau hanya membenci?
Tetapi tersalah tafsir.
Padahal sayang.

Adakah salah untuk ungkapkan sayang?
Perlukah membenci?

Jangan mencari dusta aku sayang.
Ini kejujuran aku disini.
Carilah tempat yang jujurnya hati aku mengatakan.

Tidakkah kamu berfikir?



Friday 5 October 2012

Stop!

Jangan dekat dengan aku,
Kubur masih lagi merah.

Aku bukan tak mahu.
Tapi nanti kau yang sakit dan rebah.

Sabar.

Thursday 4 October 2012

Easy But Lonely

It’s a measure of myself, it’s scary, I must give in
I must be ready to consent to him standing at your side

But measuring the understanding, you see it too, right?
That you’ve never met anyone who understands you like me

I want you to try dating me, however it ends isn’t important
I’d give it my all because I don’t care
Like I never had any conditions
I’ll take care of you, you just take me

Whatever is fine, I’m easy but lonely
Anything, take it, understand that I guarantee that you’re safe
I won’t be bad and make you shed a single tear
This life, heart, and body I give to you
To you, all of it, just tell me
How much right does a person like me have to love you?

If I was you, I’d try to prove
My love with my mood, with my heart
There’s no need to use reasoning
Because the word love arises in two people
Don’t let anyone come and separate us.


-KYO-

Freedom is good



Aku bebas.

Untuk Jibril

Jibril,

Peluklah aku erat,
Katakan di telinga aku Iqra' dan paksalah aku sehingga aku boleh lakukannya.

Sampaikan kepada Tuhan kata-kata syukur hambaNya ini.
Kerana Tuhanlah yang berikan aku kekuatan.
Tanpa dia aku takkan gapai tangan aku ke alam cakerawala.

Ceritakan kepada Tuhan dia sudah sedar dari lamunan.

---
Mungkin dia tampak bodoh, kecewa, gila sekarang.
Lalu Tuhan angkatkan segala cacat cela menggunakan masa.
Tuhan tahu dia hebat orangnya.
Hebat pabila segala caci maki itu bagaikan zarah.
Pendustaan itu bagai habuk dipijak kaki.
Sebelum dia ke kemuncak, Tuhan kebalkan dirinya.

Terima kasih Tuhan, ayah bonda, Keluarga, Guru, Sahabat.




*Semuanya aku gulungkan dan hulurkan kepada Jibril.

Wednesday 3 October 2012

Silence

I'm quiet because i'd move on.

*I realize.

I still need you.
You took my breath away.


You're my breath.





Sunday 2 September 2012

Kerja GILA #2

Pada malam itu aku aturkan strategi gila aku dengan penuh tekun dan teliti.
Aku tuliskan harganya, aku pelankan masanya tetapi ada sedikit kecewa pada waktu itu.

--Dompet aku kering. Ah, dugaan!

***

Keesokkan hari aku korek duit sana-sini.
Sudah cukup alasan serta masa yang sesuai aku gapai kunci Saga FL lalu pecut ke pekan.
Tiket bas ke Pudu aku beli.Nampak harimau kelabu comel aku ambil. Cincin kahwin aku sapu.
Cantik. keperluan sudah disimpan dalam satu beg galas. Cun!

Pada hari Selasa jantung aku degup penuh suspen.
Mata aku pandang pensyarah, akal aku ke Sydney Australia.
Fikir strategi gila.
Sehabis kelas aku pecut habis deras.
Makan, cuci mata di cyber cafe sampai menunggu pukul sebelas.
Sesudah naik aku berdoa agar selamat dan supaya rancangan gila aku menjadi.
Kepala aku memang separa sedar waktu tu.

***

Sesampai di Kota London aku naik teksi pergi sentral.
Tunggu hingga jemu.
Lihat manusia berpusu-pusu.
Seakan aku duduk dalam keadaan beku.
Seakan aku berada di alam yang terlalu sibuk.
Tetapi dalam hati aku hanya berkata "Aku cuma mahukan dia".
Hati aku ulang-ulang kata tersebut hingga mengalir dalam darah di setiap liku urat saraf aku.
Sesampai di sana, Alah! terlupa no. rumah dia.
Tetapi aku sudah menghantar text "i wish i could hug u now" agar dia ingatkan aku berada nun jauh sana.
Aku perlu mengalah jua akhirnya. Aku telefon dan telefon berkali-kali.
Angkat la cepat...
Dia: Hello? I tengah iron baju ni.

Alamak macam marah aku je gf aku nih. *hati bersuara.

Aku: err bukak pintu,
Dia:huh?
Aku: Saya datang nih. Bukak pintu.
Dia: awak biar betul? Are u mad?
Aku: betul la ni. eh rumah tingkat berapa?
Dia: 4.
Aku: Tunggu-tunggu. *letak telefon.

---

*sampai depan rumah.
*ketuk-ketuk.
*sembunyi belakang dinding.

Dia: mana dia? *bercakap pada kawan aku.
Aku: *jenguk sikit dari belakang dinding.
Dia: sengih* kejap eh. *kunci pintu lalu peluk aku erat dan lama.
Aku: hehe... *peluk erat.
Dia: awak nie... *tampar-tampar manja. Gila betul.
Aku: Semua ni untuk awak.. *sengih
Dia: *sengih
Aku: *bukak case cincin dari belakang dan hulur kedepan. Boleh awak terima sy kembali?
Dia: *terkejut, teruja. *tenung lama-lama lalu ambil cincin.
Aku: *rampas cincin dari tangan dan sarungkan perlahan.
Dia: senyum*
Aku: eh. awak, *sambil buka beg galas. Memandangkan saya tak jumpa teddy yang tulis "i'm sorry" sy bawak dekat awak harimau kelabu. Comel tak? :D
Dia: ambil* Comel sangat. *sengih.


--Sayang, ini semua untuk kamu tahu. Aku cinta kamu.

Wednesday 22 August 2012

Lebaran penuh kedukaan

Aku percaya lebaran ini bahagia,
Tetapi sebaliknya.

Aku sangat kecewa, sedih.
Mungkin puncanya aku, dia. Hanya Tuhan saja tahu.
Mungkin aku beranggapan kau sudah tawar hati...
Tak ape. Aku cuma menanti.

--Jellybean

Monday 13 August 2012

9 akal, bodoh tak guna.

Pandai menipu,
Pandai berbicara,
Perempuan mahu disapu,
Tetapi semuanya terlepas merana.

--Padan muka.

Lihat pada diri sendiri,
Tetapi keras kepala,
Menuding jari sana sini,
Akhirnya arang hinggap di muka.

--Double padan muka.

Selalunya 9 nafsu yang terkena,
Padahal 9 akal yang tidak mengaku akan salahnya,
Bodoh ada penis tak pandai nak guna,
Baik beri pada aku semuanya.

--Triple padan muka. END.

Sunday 12 August 2012

Zine bakal dikeluar.

 zine ditulis 100 orang muda
Covernya. Harga zine belum diketahui.

Seorang yang celaka nasibnya

Hidup ini memang celaka kata manusia pendek akal.
Hidup ini pula memang mati kata manusia jauh akalnya.

--aku di tengah, yang kelabu.