Sunday 29 October 2017

Dari Kunyuwel

Sudah lama aku sendiri;
menyepi--

Kaku.
Seperti tidak hidup dan tidak juga mati.
Mahu. Perlu berTuhan.
Sering menunggu akan sesuatu yang tidak kunjung tiba.
aku tahu aku seperti kupu-kupu tidak serik sengan si cahaya lampu.
Semua ini membunuh diriku dengan perlahan;
sedar ataupun tidak, aku tidak hiraukan.

Bukanlah aku tidak kisah.
Cuma lelah.
Bukanlah aku kejam.
Cuma mahu menjaga;

hati yang masih ada;
hidup--
Supaya tidak menjadi kaleng;
kosong tidak terisi dengan apa-apa.

Janganlah mengusir hatimu sendiri.
peluklah dengan imanmu.

Cuba lihat aku;
cuma bersarang resah gelisaha dunia di dada.

Hati aku di mana kau tanya?

Cuma aku boleh berbisik pada diri.
Duhai hati;
pulanglah.