Tuesday 3 November 2020

Kehidupan dini

 Dunia ini sementara,

Walau hidup bagai tiada penghujung.

Manusia risau akan masa hadapan. 

Walau perkara itu disudut kecil minda tahu.

Tetapi masih lagi mereka risaukan. 


Risau hal pekerjaan, 

kewangan,

jodoh, 

cinta,

minat mereka dalam hidup.


Tapi semua itu penghujungnya kematian.

Manusia, 

itu lah kehidupan. 

Saturday 15 August 2020

Rūḥ Mutamaiyizun

Rūḥ yang masih berlegar di sejenak ruang kekecewaan;

Tiada siapa tahu kewujudan. 

Tidak boleh merasa hidup;

Tidak juga boleh merasakan kematian rehat yang cukup.


Tetapi--


Jiwa yang dalam diri mereka Allah ciptakan, cukup kuat untuk peperangan dunia.

Hanya mereka saja tidak sadar.

Masih tidur dan malah anggap diri layak berada dalam kubur.

Rūḥ agung yang sanggup dipertaruhkan.

Kunci segala kemenangan.

Cuma perlu bersabar duhai jiwa yang dirasakan mereka rapuh. 


Kamu  Rūḥ yang tiada tandingannya. 

Kurniaan Tuhan yang cukup mutamaiyizun dan agung jiwanya. 

Monday 22 June 2020

Wahai Orang Tuaku

Dikala aku melihat kamu orang tuaku,
Aku mahu memegang tanganmu.

Dikala aku berkata dengan kamu wahai orang tuaku.
Aku mahu air matamu mengalir ke jemariku.

Dikala aku memelukmu erat kamu wahai orang tuaku.
Ingin saja hatiku mengatakan yang aku cinta kepadamu.

Wahai orang tuaku.
Kerana ego aku degilnya aku.
Aku tidak melalukannya, walau hati menjerit ingin mengatakan isi hati.

Tetapi kami telah mengatakan dengan kata-kata yang mengguris.
Karena aku juga ingin nasihat untuk kebaikan kita semua bersama.

Wahai orang tuaku.
Maafkan akujika cinta kami ini banyak celanya.
Aku tak pandai untuk bersuara dengan kata-kata hikmah.
Karena aku cuma anakmu. 
Aku masih tidak sempurna.

Wahai orang tuaku. 
Aku sumpah dengan nama yang Agung.
Aku sayangkan kamu berdua.
Tiada cinta yang dunia dapat menjadi sesempurnya cinta kamu berdua. 

Wahai orang tuaku.
Aku masih tidak sesempurna cintamu.
Ajarkanlah.

Friday 19 June 2020

Kekasih hati

Kau berikan cinta dan melahirkan cinta yang semuanya diciptaNya
Wahai kekasih  hati
Permaisuri.

Sejak kecil lagi kau sentuh tubuhku.
Dengan kasih yang tiada sempadan.
Menjaga kami semua. 
Agar bahagia dan memahami.

Ya Allah,
Aku tau aku cuma kerdil..
Hamba yang setiaku rapuh.

Walau aku rebah lutut ke tanah.
Entah berapa kali tidak ku kira.
Adakah engkau hendak mengatakan aku ini masih kuat untuk lalui semuanya?

Dengan sayap harapanku patah.
Ya Allah adakah ini yang kau mahu perkatakan kepada ku?
Yang aku ini bertahan selama ini dengan hanya cinta seseorang yang besar cintanya.
Hingga aku dewasa?

Jika itulah besarnya Cinta dia.
Cinta kamu itu sebenarnya tiada sepadan.

Yang kamu tunjukkan ku jalan kepada kamu.

Buat kekasih, terima kasih atas jasa kamu, hingga kini aku dewasa.
Cinta kamu akan aku bawa kembali kepada kamu. 

Wednesday 10 June 2020

Surat buat Aruah Guruku

Assalamualaikum wahai guruku. 
Pada awalnya aku melangkah untuk masuk ke medan perang.
Tanpa cukupnya persiapan aku. 
Dan hanya aku di medan tersebut. 

Aku akui kesalahan aku karena aku cuma seorang manusia.
Dan kamu adalah manusia mengajarkan aku tentang hidup.
hingga aku menitiskan air mata kesal atas perbuatan aku.

Akan tetapi aku juga akui aku adalah orang yang tidak berani dan yakin.
Kamu selalu yakinkan aku dan tetap sabar mengajarku.
Hingga satu saat aku sedar akan makna setiap perkataan yang kamu ajarkan.
Bahkan lebih dari itu. 

Wahai guruku.
Aku bersyukur Allah masukkan kamu dalam hidup aku.
Tanpa kamu aku tidak tahu bagaimana untuk hargai setiap makna perkataan.
Kamu ajarkan aku mencari makna dan hargai setiap perkataan.
Sesungguhnya makna itu penting sepertimana bermaknanya aku dalam hidup seseorang. 

Walau kamu sudah tiada wahai guruku.
Tetapi harganya diri kamu itu cukup bermakna bagi aku.
Aku hanya dapat panjatkan doa untukmu dan juga membawa nilai dirimu di dalam hatiku. 

Wahai guruku,
Tidaklah berjuta perkataan 'Terima kasih' dapat membalas jasamu.
Kecuali berterima kasih itu dapat aku bawa dan memberikan nilai kamu kepada manusia yang lain.

Alhamdulillah Allah selalu menjaga kamu. 
Mudahan suatu hari nanti kita dapat ketemu.
Wahai guruku.

Saturday 15 February 2020

Syukran

Mudahan semuanya lancar
Syukur kepada ilahi

Semuanya dibawah rancanganNya
Apa sahaja aku terima dengan ikhlas

Thursday 13 February 2020

Bebaskan diri

Air mengalir hangat bagai ibu menyentuh pipi anak kecilnya
Cinta
itu yang sentiasa difikirkan
jasad perlu menerima

masa hadapan yang tidak sekalipun perlu difikirkan
bebaskan jiwa.


Sunday 9 February 2020

Selamat pagi

Hening pagi sinar mentari mencelahi jendela
Menyilau mataku yang baru terjaga dari lena.
Burung-burung berkicauan mencari rezeki buat anaknya

Udara segar menyegarkan otak muda
Harapan seakan menjadi nyata

Wednesday 5 February 2020

Amazing!

Aman berada di dunia langitnya biru
Hati terusik dengan rasa
indahnya sebuah kehidupan

Walau jasad panas rimas
Tetapi maknanya lebih dari itu.
Erti sebuah hati yang mati hidup kembali
Erti segalanya kembali kepada aku.

Lebih kuat dan semangat
Terasa langkah kaki daku ini.
Itu lah erti kamu.

Friday 31 January 2020

Rupa sebenar

Warna pelangi

ibarat manusia pelbagai bangsa
yang disatukan putih warnanya iaitu manusia
indah buat mainan mata
tetapi itu cuma fatamorgana.

adakah kita cuma bayangan antara kita
yang dikhayal oleh oksigen?

apakah rupa diri kita yang sebenar?

Santai

Berkicauan burung-burng pulang ke sarang.
Membawa hasil dan tubuh perwira.
Hasih buat keluarga
Dan perwira buat jiwanya.

Berlumba-lumba manusia pulang dari tugas
Membawa keletihan dan kertas
Kertas buat kerluarga
dan keletihan buat tubuhnya.

Atau

Bersantai pulang
Membawa bakti dan hati
Bakti buat keluarga
dan hati buat keduanya




"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

 --Surah Al-Rahman

Thursday 30 January 2020

Ini lagu bukan syahdu

Pertama kali kila bersua
Didunia yang dianggap syurga
aku melihat kamu disana
berjalan disamping kawan
menawan

Jiwa ini terasa bernyawa
Harapan menjadi nyata
Hidup terasa bermakna

Oh saya mahu bertanya
siapakah nama
dimana kamu bersantai ria

---

satu detik bagai seumur hidup terasa
Bagai lagu bukan syahdu
Melodi yang mendatangkan warna
Menghidupkan hati arjuna

Bagai dunia terbentang luas
Waktu berjalan dengan lebih buas.

Dunia penuh warna
Bukan hanya kelabu
Ini lagu bukan syahdu


Tuesday 28 January 2020

Indah

Dunia ini terasa indah.
Walau sementara...

Walau kita terasa lemah pada fizikal.
Tahukah manusia semangatnya boleh menyelamatkan nyawa.

Perih.
Pahit.
Perit.
Semuanya sementara.

Tetapi indah itu selamanya,
hingga ke syurga.
Tidakkah itu yang kita mahu?


Tanamlah dalam diri bahawasanya dunia itu indah hinggi boleh dibawa bekal,
kesana.

Monday 27 January 2020

Lamunan

Tidak...

***

Tersentak dari lamunan khayalnya dunia.
disambarkan aku kilat dah guruh.
dicelupkan ke dalam laut.

aku tuliskannya di langit agar kau boleh tahu.
Akan aku selalu mencintai.


Hanya satu perasaan

Kesana kemari,
kata-kata yang kita lemparkan atau ayat yang medayu bagai ibu mengendong bayi.
tetapi cuma perlu tundukkan bahu,
untuk masing-masing tahu.
yang keduanya berniat "aku cinta padamu".

Dan si galak cuma mengeluarkan angin di celahan gigi,
dan si bulan juga menyapa merahnya pipi.

Kau faham kan?

Monday 20 January 2020

Keserasian

Aku dan pekerjaan.
Itulah yang akan difikirkan oleh bekas pelajar universiti tempatan.

Bisnes?
Kerja kilang?
Mcdonald?

Mahu tapi...

Banyak tapinya.

dan akhirnya putus asa.
duduk tepi tangga
mengenang nasib sambil sedut ganja.

Tak pernah berenti kitaran-nya.

Celiklah.
Ketidak-serasian itulah yang menghidupkan.
Untuk didik sabar.
Untuk didik tabah.
Buat sang hati.

Dan buat akal sang manusia kononnya dewasa.
untuk mengajar erti kehidupan yang walau sementara.
Tetapi untuk memberi corak warna agar lebih bermakna di depanNya.

-Kunyuwel

Ombak Hawaii

Dari kecil aku dambakan Pantai Hawaii;
yang indah ciptaanNya.

Pasirnya putih;
Halus...

Hati yang disana semuanya bagaikan matahari
Setiap kanak-kanak mempunyai impian setinggi pelangi.

Bintangnya pula gemerlapan menyinari pantai.
Terlihatnya badai menari bersama cahaya bulan yang membiru.

Dan kematian bagaikan pesta.
Manusia disana tidak pernah mati.
Sentiasa hidup di hati-hati kita semua.

Itu hanyalah impian.
Impian seorang kanak-kanak.

--Kunyuwel / bilik cahaya matahari

Beirut

Bila aku di Beirut
Tanah menghijau
sejuknya seakan menggigit hati
tapi sentiasa terasa hangat.
waktu bersama
tidak pernah aku mau waktu itu hilang

Pabila hilang aku merasakan kesejukan itu berpanjangan
seakan tiada pohon boleh hidup di musim salji...

--kunyuwel